Wednesday, 25 December 2013


<3 <3 <3 ....WARKAH KHAS BUATMU.... <3 <3 <3

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang,,
ku coretkan bicara hati ini buatmu, moga kau mengerti isi hatiku... kuharapkan pengertian darimu..
..........................................


Assalamua'laikum wbt.... huluran salam yang manis buatmu wahai bakal zaujku... ^_^

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah S.A.W kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini...Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, InsyaAllah.

Calonzaujku,,

"Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannyadan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..."

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calonisteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah bahawa diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh semua yang pernah menjadi pendidikku. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab kabul telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dandijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah insan biasa di dunia ini. 

Apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam A.S dan bonda Hawa A.S, sama seperti mu. Ingin akuberkongsi lafaz sahih ini denganmu ...

"...maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakalkepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang bolehmenghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapatmenolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian)? dan ingatlah kepada Allahjualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri..." (Ali Imran :159-160)

Kecantikan,itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kuperlihatkankan padamu. ku ingin hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah daripadaku....

Calon zaujku yang dihormati,

Aku sedar akan diriku yang tak sehabat wanita muslimah zaman Siti Khadijah, kusedari diri ini tidak terlepas daripada melakukan dosa-dosa, aku tahu bukan mudah untuk dirimu menerima diriku yang serba kekurangan ini, namun hatiku tetap berdoa agar engkau mampu menerimaku seadanya dan sudi menjadi pendamping,pembimbing dan sumber kekuatan hidupku di dunia dan akhirat kelak..

Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. 

Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

"Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu diasembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang danmembangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."  (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini wahai calon zaujku, dan kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripadakeduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (An Nisaa' : 1)

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.

Wassalam

Dari,
Tulang rusuk kirimu.

Pertemuan… menghadiahkan kita kasih sayang… jika cinta satu pasti bertemu… ia tidak ternilai… kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi yg ada hanyalah cinta kasih Ilahi… kita berpisah hanya sementara kerana pertemuan bukan milik kita… jasad dan suara berjauhan sentiasa namun cinta abadi… biar berpisah selalu menderita kerana syurga menagih ujian sedang neraka dipagari oleh nikmat bertemu tidak jemu… berpisah tak gelisah…

Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu …




2 comments:

  1. banyakk sangat salji susah nak baca ('',)

    ReplyDelete
  2. Laa yeke??maaf la... penulis ska snow...hehee

    ReplyDelete