Wednesday, 25 December 2013


<3 <3 <3 ....WARKAH KHAS BUATMU.... <3 <3 <3

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang,,
ku coretkan bicara hati ini buatmu, moga kau mengerti isi hatiku... kuharapkan pengertian darimu..
..........................................


Assalamua'laikum wbt.... huluran salam yang manis buatmu wahai bakal zaujku... ^_^

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah S.A.W kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini...Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, InsyaAllah.

Calonzaujku,,

"Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannyadan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..."

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calonisteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah bahawa diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh semua yang pernah menjadi pendidikku. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab kabul telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dandijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah insan biasa di dunia ini. 

Apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam A.S dan bonda Hawa A.S, sama seperti mu. Ingin akuberkongsi lafaz sahih ini denganmu ...

"...maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakalkepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang bolehmenghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapatmenolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian)? dan ingatlah kepada Allahjualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri..." (Ali Imran :159-160)

Kecantikan,itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kuperlihatkankan padamu. ku ingin hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah daripadaku....

Calon zaujku yang dihormati,

Aku sedar akan diriku yang tak sehabat wanita muslimah zaman Siti Khadijah, kusedari diri ini tidak terlepas daripada melakukan dosa-dosa, aku tahu bukan mudah untuk dirimu menerima diriku yang serba kekurangan ini, namun hatiku tetap berdoa agar engkau mampu menerimaku seadanya dan sudi menjadi pendamping,pembimbing dan sumber kekuatan hidupku di dunia dan akhirat kelak..

Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. 

Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

"Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu diasembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang danmembangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."  (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini wahai calon zaujku, dan kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripadakeduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (An Nisaa' : 1)

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.

Wassalam

Dari,
Tulang rusuk kirimu.

Pertemuan… menghadiahkan kita kasih sayang… jika cinta satu pasti bertemu… ia tidak ternilai… kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi yg ada hanyalah cinta kasih Ilahi… kita berpisah hanya sementara kerana pertemuan bukan milik kita… jasad dan suara berjauhan sentiasa namun cinta abadi… biar berpisah selalu menderita kerana syurga menagih ujian sedang neraka dipagari oleh nikmat bertemu tidak jemu… berpisah tak gelisah…

Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu …




Friday, 20 December 2013


Wasiat terakhir RasulAllah kepada Umatnya~ Tugasan Pendek 'Mabahith Sam'iyyat~ :D


KESAKITAN RASULULLAH SAW DAN WASIAT TERAKHIR BAGINDA KEPADA UMATNYA.

Sebahagian ayat-ayat Al-Quran datang menegaskan hakikat kemanusiaan Nabi SAW dan bahawa baginda SAW sama seperti manusia lain yang akan merasai dan mengalami sakaratnya, seperti mana yang telah dirasai sebelumya oleh saudara-saudaranya daripada para Nabi dan Rasulullah SAW memahami daripada sebahagian ayat-ayat alQuran akan kehampiran ajalnya dan baginda SAW telah mengisyaratkan di dalam sebilangan hadis-hadis sahih akan kehampiran wafatnya. Di antaranya ada yang menegaskan kewafatannya dan ada yang tidak menegaskanya, yang mana hal itu tidak disedari daripadanya melainkan oleh individu-individu pembesar sahabat seperti Abu Bakar, Al-‘Abbas dan Muadz r.’anhum.



RASULULLAH SAW SAKIT.

Rasulullah pulang daripada mengerjakan haji wada’ pada Zulhijjah, lalu menghabiskan sisa hidupnya pada bulan Muharram dan Safar tahun kesepuluh Hijrah. Baginda melengkapi tentera Usamah dan melantik Usamah bin Zaid bin Haritsah memimpin mereka. Usamah disuruh pergi meninjau ke Balqa’ dan Palestin, lalu Muhajirin dan Ansar bersiap sedia, termasuk Abu Bakar dan Umar. Apabila Usamah bin Zaid baru berusia lapan belas tahun, lalu sebahagian manusia memperkatakan mengapa dia dilantik mengetuai pembesar-pembesar Muhajirin dan Ansar sedangkan dia adalah maula dan masih terlalu muda. 
Namun Rasulullah SAW tidak menerima celaan mereka terhadap kepimpinan Usamah. Lalu Rasulullah bersabda, “Sekiranya kamu menentang perintah-perintahnya bermakna kamu menentang perintah ayahnya sebelum ini. Demi Allah SWT beliau mampu menjadi pemimpin kerana ayahnya merupakan seorang yang aku cintai dan beliau juga adalah seorang yang aku cintai. Ketika manusia bersiap sedia untuk berjihad di bawah pimpinan Usamah, Rasulullah SAW sudah mula mengeluh yang baginda akan berangkat ke alam baqa’ dan terjadilah beberapa peristiwa, antaranya sakit dan wafatnya baginda, antaranya:



a. Rasulullah SAW Pergi Ke Perkuburan Baqi’ Dan Menziarahi Para Korban Uhud Dan Memberi Salam Kepada Mereka.

Daripada Abu Muwaihibah maula Rasulullah SAW katanya, “Aku diajak pergi oleh Rasulullah SAW di tengah malam, sabdanya, “Wahai Abu Muwaihibah aku diperintah untuk meminta keampunan bagi ahli Baqi’ maka pergilah bersama aku,” Aku pun pergi bersamanya. Bila tiba disana baginda pun bersabda, “Assalamualaikum wahai penghuni-penghuni kubur, semoga diringgankan (seksa) keatas kamu kerana dosa yang telah kamu lakukan, seperti yang dilakukan oleh manusia. Fitnah dan ujian datang satu demi satu laksana malam yang gelap gelita. Hilang satu datang pula yang lainnya, yang kemudian lebih buruk dari yang lainnya. Kemudian baginda datang kepadaku lalu bersabda, “Wahai Abu Muwaihibah, sesungguhnya aku telah diberi kunci khazanah dunia dan untuk kekal padanya, kemudian syurga. Maka aku diberi pilihan diantara kedua-duanya lalu aku memilih untuk menemui Tuhanku dan Syurga.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah, ambillah kunci khazanah dunia dan kekal di dalam dunia dan kemudian barulah syurga.” Jawab baginda, “Tidak, demi Allah SWT wahai Abu Muwaihibah, aku telah memilih pertemuan dengan Tuhanku dan Syurga.” Kemudian baginda memohon keampunan untuk penghuni-penghuni kubur di Baqi’ kemudian baginda beredar daripada situ. Sejak itu bermulalah sakit tenat Rasulullah SAW sehingga baginda wafat.


Daripada hadis ‘Uqbah bin ‘Amir Al-Juhani r.a katanya, “Suatu hari Rasulullah SAW keluar lalu mengerjakan solat jenazah keatas ahli keluarga seseorang dan kemudian baginda naik ke mimbar lalu bersabda, “Sesunggunya aku adalah simpanan bagi kamu, aku menjadi saksi keatas kamu dan sekarang aku telah melihat telagaku. Sesungguhnya aku telah diberi kunci khazanah bumi, atau kunci-kunci dibumi. Demi Allah SWT aku tidak takut keatas kamu akan menjadi musyrik setelahku, akan tetapi apa yang aku takutkan keatas kamu ialah bercakaran dan bersengketa kerana mengejar dunia.


b. Nabi SAW Meminta Izin Untuk Dirawat Dirumah Aisyah Dan Beratnya Penyakit Yang Menimpanya.

Aisyah r.’anha berkata, “Tatkala Rasulullah SAW lemah dengan sebab penyakit bertambah tenat, baginda meminta izin kepada isteri-isterinya agar dirawat di rumahku, lalu diberi izin. Maka Nabi SAW dipapah oleh Al-Fadhl bin ‘Abbas dan Ali bin Abu Talib. Tatkala baginda masuk kerumahnya, sakitnya semakin bertambah kuat. Baginda bersabda, “Tuangkan air ke dalam bekas untukku, mudah-mudahan aku dapat bercakap dengan manusia” dan didudukan didalam bekas membasuh Hafsah isteri Nabi SAW. Kemudian baginda keluar kepada manusia. Aisyah berkata, “Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih parah sakit daripada Rasulullah SAW. Abdullah bin Mas’ud berkata, “Aku menemui Rasulullah SAW pada waktu sakitnya, di waktu itu suhu badannya sangat tinggi. Aku tahu bila menyentuh badan Rasulullah SAW dengan tanganku, maka aku berkata “Wahai Rasulullah, suhu badan kamu sangat tinggi.” Jawab baginda, “Ya, panasnya sama dengan panas di badan dua orang.” Aku berkata, “Kamu mendapat dua pahala.” Jawabnya, “Ya benar, seorang muslim bila diserang penyakit Allah SWT mengugurkan dosanya sama seperti gugurnya daun-daun daripada pokok.”



DI ANTARA WASIAT RASULULLAH PADA HARI-HARI TERAKHIRNYA.



a. Wasiat Nabi SAW Dengan Al-Ansar.


Al-‘abbas r.a melalui satu kaum daripada Al-Ansar sedang menangis ketika Rasulullah SAW sakit tenat lalu berkata kepada mereka, “Apa yang menyebabkan kamu menangis?” Mereka menjawab, “Kami mengingati majlis kami daripada Rasulullah SAW,” lalu Al-Abbas menemui baginda SAW dan memberitahu hal itu kepadanya, lalu diikat kepalanya dengan kain hitam. Kemudian baginda keluar dan naik keatas mimbar dan tidak naik lagi selepas hari ini. Baginda memuji Allah SWT dengan puji-pujian yang layak dan kemudian bersabda, “Aku berwasiat kepada kamu dengan Al-Ansar. Sesunguhnya kaum Ansar adalah golonganku dan kaum kepercayaanku. Walaupun manusia akan bertambah atau berkurang, namun mereka boleh menerima kebaikan kaum Ansar dan memaafkan kesalahan mereka. Hadis ini menunjukkan kecintaan kaum Ansar yang sangat kuat terhadap Rasulullah SAW, serta mereka menangis kerana Nabi sakit dan diharamkan daripada majisnya.


b. Wasiat Supaya Berpegang Teguh Dengan Al-Quran Dan Hadith Nabi.

Sabda Rasulullah SAW : “Aku tinggalkan kepadamu dua macam pekara, sekali-kali kamu tidak akan tersesat jika kamu berpegang kepada yang dua macam itu: ialah peraturan Allah (AlQuranulkarim) dan peraturan Rasul (Hadith Nabi).


Dengan adanya peringatan daripada Rasulullah sebagaimana yang tersebut ini, maka tiap-tiap umat Islam hendaklah mengetahui dan mempelajari sunnah Allah dan RasulNya, serta mengamalkannya.


c. Janganlah Manusia Menjadi Kafir(Murtad) Kembali Sesudah Dia Beriman,


Sesungguhnya besarlah dosanya di sisi Allah orang yang berbuat demikian. Firman Allah SWT yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa yang murtad(Kafir sesudah beriman) nanti Allah akan mengantikannya dengan kaum Allah dan mereka berkasih-sayang sesama orang yang beriman dan keras terhadap orang kafir, mereka berperang dijalan Allah dengan tidak merasa takut kepada orang kafir. Demikian itu adalah kurnia dari Allah yang diberikanNya kepada orang yang dikehendakiNya dan Allah SWT maha mengeathui.


d. Mengeluarkan Kaum Musyrikin Daripada Jazirah Arab Dan Memberi Hadiah Kepada Utusan.

Penyakit rasulullah SAW bertambah parah yang mana baginda di dalam sehari pengsan beberapa kali. Namun di samping itu baginda suka meninggalkan dunia dengan memastikan umatnya tidak akan sesat setelah kepergiannya, lalu baginda ingin menulis pesanan kepada mereka agar mereka bersepakat ke atasnya dan tidak berbantah-bantahan. Baginda mewasiatkan tiga perkara kepada mereka iaitu:


a. Usirlah orang-orang Musyrikin daripada Semenanjung Tanah Arab.


b. Berikanlah kepada para tetamu sesuatu yang sama dengan apa yang aku berikan kepada mereka. Kemudian baginda diam tidak menyebutkan yang ketiga atau mungkin baginda menyebutnya tetapi aku terlupa.


e. Larangan Menjadikan Kuburnya Sebagai Masjid.


Di antara ucapan terakhir yang di lafazkan Rasulullah SAW iaitu, “Allah SWT telah memusuhi orang-orang Yahudi dan Nasrani yang telah menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid.


f. Berbaik Sangka Dengan Allah SWT.

Jabir r.a berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda tiga hari sebelum wafatnya:

“Perbaikilah sangkaan kamu dengan Allah SWT.”


g. Berwasiat Dengan Solat Dan Hamba Sahaya Yang Kamu Miliki.

Anas r.a berkata, “Rasulullah SAW berwasiat ketika didatangi maut agar menjaga solat dan hamba sahaya yang kamu miliki, sehingga kalimah itu berulang-ulang di dada Rasulullah SAW dan hampir-hampir tidak dapat diucapkan lidahnya.


Sesuatu yang paling terkini diucapkan Nabi Sallahu Alaihi wa Sallam sebelum baginda wafat adalah, “Ash-shalah! As-Shalah! Wa maa malakat aymanukum”; Ingatlah Solat! Ingat Solat! Dan budak-budak kamu.


Hadis tadi diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib, Anas bin Malik, Ummu Salamah dan sebagainya. Ummu Salmah berkata, “Ia (Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam) terus mengucapkan (solat dan para budak) sampai ucapan tersebut memenuhi lidahnya”.


Solat merupakan wasiat terakhir Nabi Muhammad SAW kepada umatnya. Ini bermakna bahawa solat merupakan sesuatu yang paling agung yang harus diperhatikan. Tindakan Rasulallah SAW yang begitu sekali mengucapkan kata-kata solat dengan berulang-ulang di detik-detik terakhir hidupnya menunjukkan kedudukan solat dalam agama yang suci ini.


Solat merupakan wasiat yang harus kita renungi dan fikirkan. Rasulallah SAW adalah sifat yang tidak bercakap dengan berdasarkan hawa nafsu. Di dalam setiap ucapan dan perbuatannya terdapat hikmah yang terkadang kita ketahui dan terkadang tidak, namun Allah SWT menyiapkan orang yang mengetahui hikmah tersebut.


Kerana wasiat ini mempunyai kedudukan yang tinggi, maka orang yang menulis tentang solat tidak terhitung jumlahnya dan setiap orang menulis sesuai keperluan zamannya.


Saat ini, banyak orang yang meremehkan permasalahan solat. Bagi sebahagian mereka, kedudukan solat masuk ke dalam daftar terkini dari hal-hal yang harus mereka perhatikan. Firman Allah SWT yang berbunyi, “peliharalah segala solat.” (Al-Baqarah:238).[7]


Solat merupakan rukun Islam yang kedua. Turutannya setelah mengucapkan syahadat yang menunjukkan ke-Esaan Allah SAW. Oleh kerana itu, solat merupakan rukun amali (rukun yang sifatnya diamalkan) pertama yang tidak boleh dibandingkan dengan amal yang lain, seperti dijelaskan dalam nas-nas (al-Quran dan hadis) yang mulia.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar Radhiyallahu anhu, Rasulullah SAW bersabda, “Islam itu dibangun atas lima perkara: syahadat tiada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasulallah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa Ramadhan.” (HR.Bukhari(8) dan Muslim(16)).


Dan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muadz bin Jabal, Rasulallah SAW bersabda, “Yang pentingnya perkara adalah Islam dan tiangnya adalah solat” (HR.Al-Tirmizi (2616) dan Ibnu Majah(3973)).


Solat adalah berdiri di hadapan Allah SWT dengan penuh kehambaan, kerendahan dan kehinaan untuk bermunajat kepadaNya sesuai dengan cara yang telah digariskan untuk tujuan ini.


Jika dibandingkan dengan ibadah-ibadah lain dalam Islam, solat mempunyai kedudukan utama kerana dua hal:


Pertama: Dari sisi sejarah, solat merupakan ibadah pertama yang diwajibkan oleh Allah SWT kepada kaum muslimin.


Kedua: Banyaknya nas-nas yang terbaik al-Quran mahupun hadis yang berbicara mengenai solat dan hal ini tidak kita dapat dalam ibadah lain.


Untuk menjelaskan alasan pertama, Rasulullah SAW mula mengerjakan ibadah solat pada awal-awal dan selepas turunnya wahyu secara langsung untuk pertama kali. Diriwayatkan, bahawa Ali Radhiyallahu anhu masuk ke dalam rumah Nabi SAW ia tinggal bersama-sama dengan Rasulallah dirumahnya, kemudian ia mendapatkan Rasulallah SAW sedang solat dan Sayyidah Khadijah bersama dengannya. Kemudian Ali berkata “Apa ini wahai Muhammad?’” Baginda SAW menjawab, “Agama Allah yang dipilih untuk diriNYA”. Kemudian Baginda menjelaskan perihal ibadah solat.


Dalam sirah disebutkan bahawa, “Dahulu, orang yang masuk Islam, ketika dia ingin solat, maka ia pergi ke jalan yang menuju ke gunung (tempat sepi) agar solatnya tidak diketahui oleh orang-orang musyrik”.[8]



h. Tidak Ada Lagi Berita Gembira Kenabian Yang Tertinggal Selain Mimpi Yang Benar (Ru’ya).


Abdullah bin ‘Abbas r.a berkata, “Rasulullah SAW telah menyingkap tabir dan Rasulullah berbalut kepalanya pada sakit matinya lalu baginda bersabda, “Ya Allah, aku telah menyampaikan (tiga kali) sesungguhnya tidak ada lagi berita gembira kenabian melainkan mimpi benar yang dilihat hamba yang soleh atau diperlihatkan kepadanya. Ingatlah sesungguhnya aku dilarang membaca ayat alquran didalam rukuk dan sujud. Apabila kamu rukuk maka agungkanlah Allah SWT dan apabila kamu sujud maka bersungguh-sungguhlah di dalam berdoa. Maka ia lebih layak dikabulkan bagi kamu.



ABU BAKAR BERSOLAT MENGIMAMKAN KAUM MUSLIMIN


Apabila sakit Rasulullah SAW semakin bertambah tenat dan waktu solat telah masuk, lalu Bilal azan, baginda SAW bersabda, “Suruhlah Abu Bakar agar mengimamkan sembahyang bersama orang ramai.” Aisyah berkata, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Abu Bakar itu sangat mudah bersedih dan tidak layak menduduki tempat kamu. Beliau tidak akan mampu sembahyang dengan orang ramai.” Baginda bersabda lagi, “Suruhlah Abu Bakar supaya sembahyang bersama orang ramai, kamu adalah seperti teman Nabi Yusuf di dalam kepandaian menyusun kata-kata. Ketika Abu Bakar mengimamkan orang ramai, maka Nabi SAW keluar untuk menjadi makmum di belakang. Abu Bakar menyedari kehadiran baginda, lalu Abu Bakar pun melambatkan sembahyangnya kerana menunggu baginda. Nabi SAW mengisyaratkan kepadanya supaya meneruskan sembahyangnya dan baginda duduk disamping Abu Bakar dan Abu Bakar memperdengarkan takbir kepada orang ramai.


ULASAN


Dalam kisah ini dapatlah kita mengkaji dan meneliti sebab-sebab mengapa Rasulullah SAW begitu mengambil berat masalah umat baginda, sebabnya baginda SAW adalah seorang nabi dan rasul yang tidak menyayangi diri sendiri tetapi beliau sayangi semua umat beliau, dan perjuangan Rasulullah SAW adalah semata-mata untuk membawa umat beliau semua kesyurga Allah. Cuba kita lihat kasih sayang seorang ibu atau bapa dengan kasih sayang Rasulullah SAW dengan kita. Apabila seorang ibu atau bapa menyayangi anak-anak mereka maka mereka akan membeli apa sahaja barang yang diminta oleh anak-anak mereka, tetapi dalam hal kasih sayang antara anak dan ibu bapa ada batasnya, apabila seseorang ibu atau bapanya itu berasa gembira dengan pencapaian anaknya dalam bidang pelajaran dan tidak mahu mengajar anaknya itu dengan pendidikan Islam maka ianya bukan dikatakan seorang ibu atau bapa itu sayang kepada anaknya. Sebabnya yang akan menjaminkan anak itu mendapat kejayaan di dunia dan akhirat adalah dengan mengajar anak itu dekatkan kepada Allah, kalau anak itu cuma dididik dengan mempelajari pelajaran lain maka anak itu cuma dididik dengan mempelajari pelajaran lain maka anak itu akan jadi pandai dalam hal itu dan tidak tahu langsung tentang agama. Apabila ini berlaku maka inilah yang dikatakan seorang ibu atau bapa itu cuma sayang anak itu kerana dia menjadi pintar dalam bidang yang dipelajarinya.


Dalam masa itu haruslah seorang ibu atau atau bapa itu sedar bahawa anak yang mereka tidak didik dengan cara Islam sebenarnya mereka tidak sayang kepada anak itu, seorang ibu atau bapa hanya dikatakan sayang kepada anaknnya apabila dia memelihara anak itu mengenal Allah dan rasul serta mendekatkan diri pada Allah, sebab yang dikatakan demikian adalah kerana Allah SWT telah terangkan kepada kita bahawa kita akan dibangkitkan kembali ke satu alam yang disebut alam Akhirat dimana di sana kita akan disoal satu demi satu, dan mereka yang tidak mengerjakan suruhan Allah akan dicampak ke dalam api neraka yang sangat pedih siksanya. Kalau seorang ibu atau bapa sayang kepada anaknya apakah dia akan membiarkan anaknya itu membesar tanpa mengenali Allah dan Rasul, apakah seorang ibu atau bapa berasa gembira apabila melihat anaknya tidak sembahyang, tidak berpuasa, tidak mahu mengeluarkan zakat, dan lebih suka hidup cara Yahudi dengan mengamalkan budaya-budaya karut dan fahaman-fahaman karut.


Seorang ibu dan bapa juga dikatakan pengkhianat kalau hanya mereka sahaja yang mengamalkan agama tanpa mempedulikan tentang anak-anak mereka,padahal mereka itu adalah penentu kemanakah mereka hendak membawa anak itu, sama ada dekat kepada Allah atau dekat kepada neraka. Kalau ibu bapa bergembira anak-anaknya mendapat pekerjaan yang baik dan gaji yang besar dan mereka tidak mendidik anak-anak itu dengan agama Allah, dan apabila mereka (ibubapa) itu telah tua dan telah sedar mati itu terlalu dekat maka mereka tidak pedulikan anak uang mereka banggakan dahulu, sebaliknya mereka memulakan solat dan mengingati Allah, jadi dalam hal ini yang dikatakan pengkhianat ialah kedua ibu bapa kalau hendak berdakwah dengan anak rasa malu sebab diawal-awal lagi dia tidak diajar mengenali Allah dan Rasul. Ini bukanlah dikatakan sayangnya ibu bapa pada anak-anak mereka.


Cuba kita lihat pula bagaimana Rasulullah SAW menyayangi umat beliau, baginda berdakwah demi untuk umat beliau supaya semua umat beliau memasuki syurga Allah, walaupun beliau cedera dalam menyampaikan dakwah tetapi beliau tetap berjuang hingga ke akhir hayat untuk mendekatkan umat beliau kepada Allah SWT. Rasulullah SAW telah mengajar segala yang perlu kepada kita supaya kita mengikut cara beliau dalam semua bidang, ini bertujuan supaya kita mendapat kejayaan didunia dan akhirat, kita juga harus mempelajari semua bidang yang perlu, sama ada bidang sains, bidang perniagaan atau bidang-bidang lain dengan syarat ianya tidak lari dari ajaran Islam. Cinta Rasulullah SAW pada kita adalah yang unggul dan tidak berbelah bagi, sebab itu Rasulullah SAW menyuruh kita membuat perkara-perkara yang dituntut, dan Rasulullah SAW sangat sayang pada kita dan baginda tidak sampai hati untuk melihat umat baginda berada dalam penyiksaan Allah di akhirat nanti.


Sebab itulah walau pun baginda telah tahu ajal baginda telah dekat namun baginda menggunakan masa yang ada sedikit itu dengan memberi amaran dan nasihat terakhir, inilah yang dikatakan sayang dan sejati. Hidup kita ini tidak akan kekal, satu hari nanti kita juga akan mati, oleh itu ingatlah segala pesanan junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan dekatkanlah diri kita kepada Allah, janganlah kita tangguh-tangguh lagi kerana mati itu terlalu dekat pada kita dan ia adalah perkara yang PASTI akan berlaku.


Ya Allah peliharalah kami semua dari godaan dunia, peliharalah kami dari dunia yang penuh dengan muslihat, pimpinlah kami ke jalan yang lurus ke jalan yang Engkau redhai. Amin.






RUJUKAN :


1. Dr. Ali Muhamad As-Salabi, (2008). Biografi Rasulullah SAW. Selangor : Berlian Publications Sdn Bhd. cetakan 1.


2. Hadiyah Salim, (1982). Qishashul-Anbiya(Sejarah 25 Rasul). Bandung : PT Al-Ma’arif. cetakan ke 1V.


3. Shaleh Ahmad Syami, (2011). Solat Amanat Terakhir Rasulullah SAW. Kuala Lumpur : Synergy Media.










Copy from : http://kauilhamkusakinah.blogspot.com/2012/12/wasiat-terakhir-rasulallah-kepada.html









[1] Dr. Ali Muhamad As-Salabi, 2008, Biografi Rasulullah SAW, Selangor : Berlian Publications Sdn Bhd, cetakan 1, ms 454.


[2] Dr. Ali Muhamad As-Salabi, 2008, Biografi Rasulullah SAW, Selangor : Berlian Publications Sdn Bhd, cetakan 1,ms 460-461


[3] Ibid ms 461-462.


[4] Ibid 462


[5] Hadiyah Salim, 1982, Qishashul-Anbiya(Sejarah 25 Rasul), Bandung : PT Al-Ma’arif, cetakan ke 1V, ms 273-274.

[6] Dr. Ali Muhamad As-Salabi, 2008, Biografi Rasulullah SAW, Selangor : Berlian Publications Sdn Bhd, ms 463-464.


[7] Shaleh Ahmad Syami, 2011, Solat Amanat Terakhir Rasulullah SAW, Kuala Lumpur : Synergy Media, ms v-vii.


[8] Ibid ms 1-3.


[9] Dr. Ali Muhamad As-Salabi, 2008, Biografi Rasulullah SAW, Selangor : Berlian Publications Sdn Bhd, ms 464-465.

Monday, 4 November 2013

<<<< I'M BACK  >>>> 1 Muharam 1435 Hijrah


^Selamat tahun baru hijrah bt suma saudara seislam^

*Setelah bertahun lamanya diri ini brdiam, akhirnya hari ini Allah bagi ksempatan lgi utk update blog yg dh berhabuk ni..huhuuu

#Tahun 2012 adalah thun pelbagai ujian utkku tempuhi... tp Alhmdulillah, aku mmpu mgharunginya berkat ksbrn & brkt doa insan2 yg mnyayangiku...

Moga Allah utuhkan lagi jiwa raga ini,mental 7 fizikal ini utk trus brjuang d jln Nya...Amin Ya Rabb...

Tahun 2013

Alhamdulillah dah hbis study diploma at KIPSAS slama 3thn.. from 2010-2013...

#N now, i'm here, at BUMI ACEH.... inshaAllah 2013-2015 utk degree management dakwah.. ^_^ (6hb9 2013 from LCCT to Sultan Iskandar muda Airport Aceh)


*Setiap yg brlaku pasti ada hikmahnya..... so hari ni nk kongc psl Aceh ckit....

<INNA KENAPA PILIH ACEH???

= Act. the reason why i'm here is not important..
tp tetap jgk soalan itu sering d tanya oleh shbt2/klrga/guru2....

1st, i'm here ofcoz sbb Allah... second sbb diri yg dhaif ini sndri ingin brhijrah & mau mncari ilmu d cni... 

Antara faktor lain :

-Bleh dpt degree dlm msa yg singkat (1thn stngh-2thn)

-Tak perlu ada MUET.
-Kos yg lebih murah
-Sokongan dari keluarga
-Minat dlm bidang Dakwah & inginkan kelainan.
-I like travelling
-Mau cpt2 hbis bljr n mau keja (mslh kluarga)
-Lemah dlm bidang Arab, rasa x mampu ke mesir (wlupun sbnrnya ada impian ke sna)
-Ada shbt2 yg inshaAllah jgk sma2 brjuang d Bumi Aceh..
-Saranan dri murobbiah,pnsyrh,ustz n ustzh..

**Mau upload pic d bumi aceh ni tp line very slow....
tiapala.... nnti sy update lg..inshaAllah..... <3 stay tunee..... <3

Monday, 12 March 2012

" SYUKUR KUPANJATKAN HANYA UNTUKMU "....

<3 <3 <3 Terima-kasih mak.. atas doa yang  tak pernah putus2 untuk anak2mu... <3 <3 <3
*Terima kasih jgk bt para pendidik & sahabat2 yg membantu samada secara zahir atau sebaliknya*

(Jatuh atau berdiri, menang atau kalah, lemah atau kuat, tinggi atau rendah, INGATLAH.. semua itu adalah UJIAN dari ALLAH S.W.T)




*Mendamba Kasih Ilahi*

Semakin hari hati mencari sesuatu yang tak pasti,
Namun Engkaulah yang memberi kepastian padaku,
Nur cahaya masih ada untuk hambaMu,
Sinar yang menerangi gelap gelita hidup..

Kudambakan KasihMu Ya Rabbi,
Kasih sementara bukan milikku,
Kasih manusia yang Engkau campakkan di hati ini,
Bukan milikku..

Restuilah hamba ke jalan sufi di muka bumi ini,
Agar langkahku lurus meniti sinarmu Illahi,
Walau taubat sering kumungkir,
Walau janji sering terpinggir,
Namun, nikmat dan rahmatMu masih hampir,
Betapa hati ini hina,
Betapa diri ini durjana,
Alpa dek kelalaian duniawi,
YaAllah terimalah setiap sujudku di telapak sejadah ini,
Berkatilah sekelumit doa yang hanya mendamba rahmat dan kasihmu,
Sesungguhnya engkau Tuhanku,
Yang menciptakan aku dari setitis air yang hina,
Menjadi makhluk yang mulia,
Sucikanlah hati ini dari mazmudah kemungkaran,
Sinarkan ianya dengan madah mahdudah,
Agar bias kukecapi halawah imanmu….

Thursday, 1 March 2012

CERPEN SULUNGKU MENDAPAT TEMPAT UNTUK PERTAMA KALINYA...


TAJUK : EMAK


Bulan ini sudah genap tiga bulan ayahku meninggal dunia. Selepas hari yang penuh kesedihan itu, ibu hanya berniaga menjual kuih secara kecil-kecilan di warung yang tidak jauh daripada rumah kami. Setiap hari, ibu akan bangun seawal pagi untuk menyiapkan kuih-muih yang akan diniagakan di warung kecil berdekatan dengan rumah kayu kepunyaan keluargaku.
 Setiap hari ibu di landa kesunyian selepas kehilangan arwah ayah, namun setelah mendengar makcik Uda hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.
Aku merupakan anak kedua daripada lima orang adik-beradik tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut. Kesayuan menyelubungi hati apabila melihat kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.
Aku meminta kebenaran untuk membantu... "tak payah" katanya.
"Biar mak yang buat.. nanti lain rasanya kalau kamu yang buat."
Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak untuk  menyediakan nasi goreng adiknya dan anak-anak buahnya yang bakal merayakan Aidilfitri bersama kami pada tahun ini.
Aku tahu di sudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak sulungnya tak beraya bersama di pagi raya. Abang Hanif  merupakan anak sulung dalam keluarga. Sudah setahun lebih abang long tidak mengirimkan khabar berita. Khabarnya abang long bekerja sebagai pembantu tukang masak di Kuala Lumpur. Panggilan terakhir daripada abang long meninggalkan pesan kepada mak supaya tidak terlalu risau dan akan pulang apabila telah berjaya kelak.
Terhinjut-hinjut emak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng.
Apabila makcik dan sepupu-sepupuku sampai, aku mula hidangkan nasi yang digoreng oleh emak tadi.
Semuanya pakat menjamu selera. Memang berselera kerana semua sukakan nasi goreng emak.. mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya. Walaupun hanya nasi goreng bercampur dengan ikan masin dan bunga kantan namun, sangat  berselera bagi kami adik-beradik.
Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku :
"Ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu."
Tiba-tiba adikkku bertanya, "siapa yang tak makan lagi nasi ni?"
Aku menjawab, "mak belum makan lagi.."
Mak dengan bersungguh menjawab, "ehh mak tak mahu... tak lalulah makan nasi goreng, nak makan roti jer sekejap lagi."
Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku dalam hati, " oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit kencing manisnya."
Bila semua dah pulang, aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. Tanpa membuang masa aku lantas bertanya, “mak nak apa?biarlah saya tolong ambilkan.”
“Tak mengapa, mak nak makan roti,angah pergilah tengok-tengokkan adik-adik kamu di sana.”
Aku pun terus berlalu pergi tanpa menghiraukan apa yang dilakukan oleh emak. Tiba-tiba, aku teringat adik bongsuku meminta agar aku membawakan segelas air kepadanya kerana selepas makan tadi dia terus meninggalkan tempat makanan. Belum sempat kaki ini melangkah mendekati emak, ku melihat emak sedang melakukan sesuatu yang tidak pernah terbawa dek fikiranku.
Aku sedih dan terguris sungguh hati ini bila melihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan. Tanpa disedari air mataku mulai jatuh membasahi pipi. Semakin laju air mataku bercucuran apabila melihat emak memakan sisa nasi itu dengan tangan yang terketer-ketar.
“Ya Allah, Engkau peliharalah ibu kami, ampunilah dosanya, berilah kekuatan kepada kami untuk membalas segala pengorbanannya kepada kami.”
Sejak hari itu, aku bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh demi mengubah nasib diri dan keluarga. Dengan kejayaanku kelak, aku akan pastikan yang emak dan adik-adikku tidak akan hidup dalam kesusahan lagi.
Dua bulan selepas keputusan SPM dikeluarkan, aku ditawarkan menyambung pelajaran di Uitm. Emak merasa sangat gembira. Air mata tanda kegembiraan dari emak benar-benar membuat hatiku terharu.
Kini aku telah menjadi seorang yang bekerjaya selepas menamatkan Ijazah dalam bidang kedoktoran. Aku berjaya menjadi seorang doktor dan kini bertugas di Hospital Ranau. Kehidupan kami kini telah berubah. Aku mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga dua kali setiap tahun untuk pergi melancong.
Aku menamatkan usia bujangku pada umur 35 tahun selepas menghantar emak ke tanah suci Mekah. Aku berdoa semoga Allah sentiasa melimpahkan kurnia ke atas keluargaku juga saudara-saudara seislam. Moga Allah mengampuni dosa-dosa kami dan merahmati emak.Amin. Terima-kasih yaAllah. Engkau kurniakan kami seorang emak yang sangat kuat,tabah dan sanggup berkorban untuk anak-anaknya. Peliharalah emak sebagaimana dia memelihara kami sejak kecil.Amin….

 (MENDAPAT TEMPAT KE2 DALAM PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF 1 MAC 2012)
KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH.




CERPEN : SEJARAH PERSAHABATANKU

Hiasan bulan yang dulu purnama penuh keindahan kini suram dek purnama hati yang kelam. Seperti hati seorang gadis remaja bernama Ain yang hatinya kini disaluti kekosongan dan kesedihan kerana ditinggalkan oleh seorang sahabat yang sangat dikasihinya. Kami bersahabat sejak dari bangku sekolah lagi seawal umur 14 tahun. Sejak itu, kami sekelas sehingga habis menduduki SPM. Aku mempunyai ramai kawan tapi yang sangat rapat bagiku ialah Aida. Dia merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik. Walaupun kulitnya hitam manis tetapi dia merupakan  seorang  gadis yang sangat baik dan ceria.
Selepas keputusan SPM dikeluarkan, aku dan Aida sekali lagi dapat bersama-sama melanjutkan pelajaran di sebuah Maktab Perguruan Melaka. Kami berasa sangat gembira dan berjanji tidak akan berpisah walau apapun yang bakal berlaku pada masa akan datang.
Perutku terasa kurang selesa dek bunyi yang pelik. Mungkin kerana perut kosong sejak dari semalam lagi. “Itu menandakan perutmu mahu di isi makan,”kata Aida. Aku hanya tersenyum dan mencuit sedikit lengan Aida. Tanpa membuang masa, kami pun bergegas menuju ke cafeteria untuk mengalas perut. Pandanganku secara tiba-tiba tertumpu kepada seorang jejaka yang sangat tampan sedang berbual dengan temannya di hadapan meja berdekatan kaunter pembayaran. Lirikan senyumannya amat mempersonakan bagi gadis remaja sepertiku.
Sedang asyik memerhatikan tingkah lakunya, tanpa disedari, aku terlanggar seorang kakak senior yang berjalan bertentangan arah dengan kami. Dia melenting dan menyebabkan ramai orang melihat kearah kami termasuk jejaka tampan itu. Aku meminta maaf berulang kali kepada wanita tersebut namun jelingan dan kata-kata yang pedas keluar daripada mulutnya. Wanita itu terus berlalu pergi tanpa mengendahkan orang sekeliling. “hmm… muka jer cantik, perangai dah macam ibu singa.”kata Aida. “hish.. Aida ni,janganlah cakap macam tu,tak baik tau.”jawabku. “Tapi cantik juga pemakaian kakak tu tadi kan Ain?macam supermodel la katakan, tapi saya rasa, sahabat saya kat sebelah ni lagi cun.”hahahaha… kami tergelak sambil menutup mulut dengan tangan kerana dikhuatiri akan menjadi perhatian orang sekeliling bagi kali kedua. “Dahla Aida,jom kita beli makan.”
Bagiku, Aida seorang yang periang dan selalu membuat aku tergelak. Dialah penyeri dalam hidupku. Selepas selesai mengambil makanan,aku melihat kembali kearah lelaki yang membuat hatiku tergugat sebentar tadi namun lelaki tampan itu menghilang tanpa aku sedari. Aku melihat sekeliling namun hampa kerana jejaka itu mungkin telah beredar semasa kami membeli makanan tadi. Aida hanya tertawa  kecil apabila melihat tingkahku sejak dari tadi lagi. Jauh di sudut hati, aku mengharapkan agar dapat bertemu lagi dengan jejaka misteri itu satu hari nanti.
Aku dan Aida bergegas menuju ke kelas kuliah untuk minggu pertama selepas Minggu Aluan Siswa dijalankan. Lima minit sebelum kedatangan pensyarah, tiba-tiba seorang jejaka yang aku  pernah lihat dicafeteria minggu lepas masuk ke dalam kelas yang sama. Dia melemparkan senyuman kearah sahabatnya. Senyumannya sangat manis dan mampu memukau hatiku. Hatiku mulai berbunga-bunga bila temannya mempelawanya untuk duduk disebelahnya iaitu meja kuliah di mana tempat itu bertentangan dengan kami. Aku bersyukur kerana Allah telah mengabulkan doaku untuk bertemu lagi dengan jejaka tampan itu.
Setiap hari aku semangat untuk menghadiri kuliah kerana jejaka misteri itu pasti ada di situ. Melihat daripada personality luaran, dia hanyalah seorang jejaka yang bersederhana dalam berpakaian. Selepas hampir habis semester pertama, barulah aku mulai mencari tahu siapa sebenarnya jejaka misteri iti. Rupa-rupanya dialah jejaka yang selalu disebut-sebut dalam kalangan pelajar di Kampus selama ini. Muhammad Haiqal, satu nama yang tidak asing di telingaku. Dia amat disukai dan digilai ramai oleh wanita-wanita di dalam maktab ini. Aku hanya mampu pasrah. Hari demi hari, aku mampu hanya memendam rasa, namun ku kira Aida memahami hasrat hatiku kerana aku selalu membuka topik perbualan tentang jejaka misteri itu.
Hari ini adalah hari yang amat sedih buatku. Aku seolah-olah tidak dapat menerima apa yang  berlaku. Aku mendapat khabar berita bahawa Haiqal telah mempunyai kekasih hati dan perkara yang amat memeritkan lagi adalah apabila aku mengetahui wanita yang dimaksudkan ialah sahabat aku sendiri. Kusangakakan  Aida faham akan hatiku selama ini tetapi rupa-rupanya tidak sama sekali, bahkan Aida sanggup mengkhianatiku sebagai seorang sahabatnya. Inikah tanda persahabatan yang kau lakar untukku wahai sahabat?aku hanya mampu terdiam dengan seribu satu persoalan dalam fikiranku. Selepas mengetahui berita itu, aku menjadi seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya.
Sejak dari kejadian itu, hubunganku bersama Aida mulai renggang. Tanpa pengetahuan Aida, aku telah memohon pertukaran bilik dan kini aku berkawan dengan seorang wanita yang bernama Inna iaitu rakan sebilikku yang baru. Aku terlalu sedih melihat dia bahagia setiap hari bergayut degan telefon. Kusangakakan dia masih berhubungan dengan teman lelakinya semasa di bangku sekolah lagi. Cinta pertama yang baru pernah kurasai kini punah disebabkan Aida. Tak pernahku duga sahabat yang amatku kasihi mempunyai hubungan istimewa dengan Haiqal.
Diringkaskan cerita, aku selalu mengelak daripada terserempak dengan Aida. Aku memalingkan muka dan seolah-olah tidak mendengar apabila Aida berbicara dan bertanya sesuatu kepadaku. Hati sedih melakukan hal seperti itu kepada sahabat sendiri,namun mengenangkan apa yang dilakukan oleh Aida tanpa pengetahuanku sudah cukup membuat hati ini terguris. Waktu kami bersama tiada lagi seperti dulu. Rasa rindu mulai melanda di hati apabila menyedari sudah hampir tiga bulan Aida tidak hadir ke kuliah. Daripada informasi teman Haiqal, Aida mengambil cuti panjang kerana sakit. Inna mencadangkan agar aku melawatnya pada hujung minggu ini. Namun aku hanya berdiam diri tanpa menghiraukan kata-kata Inna.
Hari berganti hari dan hari ini, awan kelihatan mendung seolah-olah memahami isi hatiku. Aku mengambil keputusan untuk ke rumah Aida bersama-sama Inna dan dua orang rakan yang lain. Aku hanya menyangka Aida Cuma sakit demam biasa namun doktor telah mengesahkan bahawa Aida menghidap penyakit kanser perut pada peringkat yang kritikal kerana tidak mendapatkan rawatan pada awal peringkat penyakit itu. Aku seolah-olah mendapat tamparan yang sangat hebat.
Perasaan sebak dan rasa bersalah mulai menghantui diriku. Selama Aida sangat memerlukan sokongan daripadaku, aku langsung tidak mengetahuinya. Rupa-rupanya inilah perkara yang ingin dikatakan oleh Aida setiap kali dia ingin berbicara panjang denganku sebelum ini. “Ya Allah… apa yang telah hamba lakukan ini ya Allah???”ampunilah dosa-dosaku.. Tanpa disedari, air mataku mengalir jatuh membasahi pipi.
Dua hari kemudian, aku mendapat tahu daripada Inna bahawa Haiqal dan Aida sebenarnya merupakan sepupu dan hubungan istimewa itu hanyalah gosip semata-mata. Kebenarannya, Aida memberitahu bahawa dia langsung tidak mengetahui siapa gerangan jejaka misteri yang selalu diceritakan oleh Ain. Air mataku semakin deras. Inna turut sedih dan memelukku sebagai tanda simpati dan semangat untukku. Tanpa menghiraukan orang sekeliling, aku berlari masuk ke dalam bilik rawatan tersebut dan terus memeluk erat tubuh sahabatku. “Maafkan aku Aida,maafkan aku.” Aida hanya mampu menitiskan air mata kerana tak mampu untuk berkata-kata. Hari-hari akhir bersama Aida aku banyak membantunya. Aku luangkan setiap masa yang aku ada untuk dirinya. Aku banyak membacakan dia ayat-ayat suci Al-quran dengan harapan dan doa, moga dapat mengurangkan sedikit kesakitan yang dia rasai.
Selepas kepergian sahabat yang aku kasihi, aku berjanji tidak melupainya walaupun kami telah terpisah jauh. Hari ini adalah hari kelahiran Aida, aku menziarahi kuburnya. Hati sayu mengenangkan peristiwa yang berlaku dulu. Kepergian sahabatku benar-benar memberi kesan dalam hidupku. Aku mulai berubah sedikit demi sedikit. Inna juga banyak membantuku dalam soal keagamaan. Selepas menamatkan pelajaran aku berjinak-jinak pula dalam bidang agama secara berperingkat-peringkat. Sebelah pagi, aku menghabiskan masa mengajar di sekolah, manakala sebelah malam, aku menghabiskan masa untuk mengajar budak-budak mengaji bersama suami tercinta.
Sejarah persahabatanku bersama Aida tidak mungkin dapat aku lupakan. Kini aku dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Aida bin Muhammad Haiqal. Syukur yang tidak terhingga kupanjatkan kepada Ilahi. Moga kebahagiaan ini utuh hingga ke akhir hayatku.Amin.


HASIL NUKILAN,

UKHTI NORALINA BINTI BULDAN
JABATAN DAKWAH DAN PENGURUSAN





Sunday, 1 January 2012

ALEXANDER PERTZ : KISAH ANAK KECIL AMERIKA MENGENAL ISLAM HANYA MELALUI BUKU

ALEXANDER PERTZ dilahirkan dari kedua orang tua Kristian pada tahun 1990. Sejak awal ibunya telah memutuskan untuk membiarkannya memilih agamanya jauh dari pengaruh keluarga atau masyarakat.

Apabila dia boleh membaca dan menulis, maka ibunya memberi untuknya buku-buku agama dari seluruh agama, baik agama langit atau agama bumi.

Setelah membaca buku-buku secara mendalam, Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim. Padahal ia tak pernah bertemu muslim seorangpun.

Dia sangat cinta dengan agama ini sampai pada tahap dia mempelajari solat, dan mengerti banyak hukum-hukum syar’i, membaca sejarah Islam, mempelajari banyak kalimat bahasa Arab, menghafal sebahagian surah dan belajar azan.

Semua itu tanpa bertemu dengan seorang muslim pun. Berdasarkan bacaan-bacaan tersebut dia memutuskan untuk mengganti namanya menjadi Muhammad Abdullah, dengan tujuan agar mendapatkan keberkahan Rasulullah SAW yang dia cintai sejak masih kecil.

Salah seorang wartawan muslim menemuinya dan bertanya pada anak tersebut. Namun, sebelum wartawan tersebut bertanya kepadanya, anak tersebut balik bertanya kepada wartawan itu, ”Apakah engkau seorang yang hafal Al Quran?”

Wartawan itu berkata: ”Tidak.” Namun wartawan tersebut dapat merasakan kekecewaan anak itu atas jawapannya.
....Setelah membaca buku-buku secara mendalam, Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim. Padahal ia tak pernah bertemu muslim seorangpun....
Anak itu kembali berkata, ”Akan tetapi engkau adalah seorang muslim, dan mengerti bahasa Arab, bukankah demikian?” dia menghujani wartawan itu dengan banyak pertanyaan.

”Apakah engkau telah menunaikan ibadah haji? Apakah engkau telah menunaikan ’umrah? Bagaimana engkau boleh mendapatkan pakaian ihram? Apakah pakaian ihram tersebut mahal? Apakah mungkin aku membelinya di sini, ataukah mereka hanya menjualnya di Arab Saudi saja? Kesulitan apa yang engkau alami tinggal sebagai seorang muslim di komuniti yang bukan Islami?”

Setelah wartawan itu menjawab berdasarkan pengetahuannya, anak itu kembali berbicara dan menceritakan tentang beberapa hal berkenaan dengan kawan-kawannya, atau gurunya, sesuatu yang berkenaan dengan makan atau minumnya, peci putih yang dikenakannya, ghutrah (serban) yang dia lingkarkan di kepalanya dengan model Yaman, atau berdirinya di taman umum untuk mengumandangkan azan sebelum dia shalat.

Kemudian ia berkata dengan penuh penyesalan, ”Terkadang aku kehilangan sebahagian solat kerana tidak tahu tentang waktu-waktu solat.”

Kemudian wartawan itu bertanya pada beliau ”Apa yang membuatmu tertarik pada Islam? Mengapa engkau memilih Islam, tidak yang lain sahaja?” dia diam sesaat kemudian menjawab.

”Aku tidak tahu, segala yang aku ketahui adalah dari yang aku baca tentang Islam, dan setiap kali aku menambah bacaanku, maka semakin banyak kecintaanku pada Islam.”
....Segala yang aku ketahui adalah dari yang aku baca tentang Islam, dan setiap kali aku menambah bacaanku, maka semakin banyak kecintaanku pada Islam....
Wartawan bertanya kembali, ”Apakah engkau telah puasa Ramadhan?”

Muhammad tersenyum sambil menjawab, ”Ya, aku telah puasa Ramadhan yang lalu secara sempurna. Alhamdulillah, dan itu adalah pertama kalinya aku berpuasa di dalamnya. Dulunya sukar, terutama pada hari-hari pertama”.

Kemudian dia meneruskan : ”Ayahku telah menakutkan aku bahawa aku tidak akan mampu berpuasa, akan tetapi aku berpuasa dan tidak mempercayai hal tersebut”.

”Apa cita-citamu?” tanya wartawan

Dengan cepat Muhammad menjawab, ”Aku memiliki banyak cita-cita. Aku ingin menunaikan haji ke Mekah dan mencium Hajar Aswad”.

”Sungguh aku perhatikan bahawa keinginanmu untuk menunaikan ibadah haji adalah sangat besar. Adakah penyebab hal tersebut?” tanya wartawan lagi.

Ibu Muhammad untuk pertama kalinya turut menyampuk dia berkata: ”Sesungguhnya gambar Ka’bah telah memenuhi biliknya, sebahagian manusia menyangka bahawa apa yang dia lewati pada masa sekarang hanyalah semacam khayalan, semacam angan-angan yang akan berhenti pada suatu hari. Akan tetapi mereka tidak mengetahui bahwa dia tidak hanya sekadar serius, melainkan mengimaninya dengan sangat dalam sampai pada tahap yang tidak boleh dirasakan oleh orang lain”.

Kelihatan senyuman di wajah Muhammad ’Abdullah, dia melihat ibunya yang membelanya. Kemudian dia memberikan keterangan kepada ibunya tentang tawaf di sekitar Ka’bah, dan bagaimanakah haji sebagai sebuah lambang persamaan antara sesama manusia sebagaimana Tuhan telah menciptakan mereka tanpa memandang perbezaan warna kulit, bangsa, kaya, atau miskin.

Kemudian Muhammad meneruskan, ”Aku sudah menabung dengan mengumpulkan baki wang sakuku agar aku boleh pergi ke Mekah Al-Mukarramah. Aku mendengar bahawa perjalanan ke sana memerlukan perbelanjaan 4 ribu dollar, dan sekarang aku mempunyai 300 dollar.”
....Aku sudah menabungkan baki wang sakuku agar aku boleh pergi ke Mekah Al-Mukarramah. Perjalanan ke sana memerlukan perbelanjaan 4 ribu dollar, dan sekarang aku mempunyai 300 dollar....
Ibunya menghampirinya lalu berkata untuk berusaha menghilangkan kesan kebimbangannya, ”Aku sama sekali tidak keberatan dan menghalanginya pergi ke Mekah, akan tetapi kami tidak memiliki cukup wang untuk menghantarnya dalam waktu terdekat ini.”

”Apakah cita-citamu yang lain?” tanya wartawan kepada anak ini.

“Aku bercita-cita agar Palestin kembali ke tangan kaum muslimin. Ini adalah bumi mereka yang dicuri oleh orang-orang Israel (Yahudi) dari mereka,” jawab Muhammad.

Ibunya melihat kepadanya dengan penuh kehairanan. Maka dia pun memberikan isyarat bahawa sebelumnya telah terjadi perdebatan antara dia dengan ibunya kerana isu ini.

Muhammad berkata, ”Ibu, engkau belum membaca sejarah, bacalah sejarah, sungguh benar-benar telah terjadi perampasan terhadap Palestin.”
....Cita-citaku adalah aku ingin belajar bahasa Arab, menghafal Al-Quran, dan belajar di negeri Islam....
”Apakah engkau mempunyai cita-cita lain?” tanya wartawan lagi.

Muhammad menjawab, “Cita-citaku adalah aku ingin belajar bahasa Arab, dan menghafal Al-Quran.”

“Apakah engkau berkeinginan belajar di negeri Islam?” tanya wartawan
“Tentu!” tegasnya.

”Apakah engkau memiliki kesusahan dalam hal makanan? Bagaimana engkau menghindari daging babi?”

Muhammad menjawab, ”Babi adalah haiwan yang sangat kotor dan menjijikkan. Aku sangat hairan bagaimanakah mereka memaKan
dagingnya. Keluargaku mengetahui bahwa aku tidak memakan daging babi, oleh kerana itu mereka tidak menghidangkannya untukku. Dan jika kami pergi ke restoran, maka aku beritahu kepada mereka bahawa aku tidak memakan daging babi.”

”Apakah engkau solat di sekolah?”



”Ya, aku telah membuat sebuah tempat rahsia di perpustakaan. Aku solat di sana setiap hari,” jawab Muhammad.

Kemudian datanglah waktu solat maghrib di tengah wawancara. Anak itu langsung berkata kepada wartawan, “Apakah engkau mengizinkanku untuk mengumandangkan azan?”

Kemudian dia berdiri dan mengumandangkan azan. Dan tanpa terasa, air mata mengalir di kedua mata wartawan ketika melihat dan mendengarkan anak itu menyuarakan azan. Subhanallah!!

# Anak ini sudah berumur 21 tahun pada hari ini. [riafariana/voa-islam.com]